Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri (xlen xbkan LAN THE CAU KID) hujung padang sedangkan kawan-kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…
Cikgu Salwa : “Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”
Murid : “Okey.. boleh saja…!”
Cikgu Salwa :“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”
Murid :"sbb...sy penjaga gol la cikgu!!...pejadah cikgu wat kt sini...pas2 tnya soaln pelik2.."
Cikgu Salwa : lalalalalalalalalalalalalala.....(terus berlari tanpa melihat belakang congkak,)
*1st time bkn LAN yg cri pasal*
(Cikgu Salwa) |
0 comments:
Post a Comment